Sunday, 19 October 2014

Cabaran I Love You Faizdickiekp

Assalamualaikum 

Hari ni aku ingin berceritalah sikit-sikit pasal apa benda yang aku buat sampai dalam satu hari adalah yang cakap aku ni gila tapi aku seriously tidak akan ambil hati pun sebab memang lucu lah orang yang berada di sekeliling ku ni . 

Cerita ni bermula daripada facebook , di mana salah seorang rakan facebook aku ni post gambar dan gambar tu hasil daripada screenshots conversation dia dan family dia . Memang baca tu pun aku ketawa habislah . Kan , orang sekarang ni selalu buat p/s tu jadi dekat caption gambar tu dia ada sertakan lah dari mana dia dapat tu dan belajar semua tu dan dalam tidak sedar dia belajar sesuatu yang baru .

Mesti korang curious kan , apalah rakan facebook aku tu cakap dengan family dan kawan dia kan kan kan ?

Elehhhh , tak payah curious sangatlah . Sudah terang lagi bersuluh orang katakan . Tengok saja tajuk tu terus mulut jadi 'O' . So , aku pun cuba,try and test la dekat semua kengkawan dan family aku tapi ada certain sajalah yang aku sent 'I Love You'

Orang pertama yang aku send ialah mama aku , memang tak sampai seminit la mama aku reply dan jawapannya pun memang surprise sangat . Kengkawan aku pun ada juga aku sent tapi most of it tanya aku ok atau tidak . Ok , memang awkwardlah keadaan ini tapi seriously aku akui memang bagus lah untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebab kalau kita buat macam tu memang ada satu rasa yang hadir lah macam susah la nak di describekan di sini . 

Ini antara conversation yang aku sudah cropkan dan cantum-cantumkan 

]

Sebenarnya banyak lagi , dan ada antaranya memang tidak percaya lah aku cakap 'I love You' .

Kalau korang ada account instagram pergilah rajin-rajin kan diri search tu hashtags cabaran tu 

#Cabaraniloveyoufaizdickiekp

memang korang akan jumpa jawapan yang memang korang tak sangka lah . Dan kalau nak tengok video pasal cabaran i love you ni pergila buat site visit dekat instagram faizdickiekp .

Ok semoga terhibur dan maaf kalau aku ada buat 'syntax error'


No comments:

Post a Comment

Muahhh ciked siapa yang komen