Sunday, 10 August 2014

Eh Raya !

Assalamualaikum w.b.t

Aku ingin berkongsi pengalaman raya ku tahun ni , memang aku enjoy habis-habis sebab walaupun cikgu cikgu aku cakap "tak pa lah kalau tak sambut tahun ni tahun depan boleh sambut tunggu lepas spm" tapi aku tetap enjoy habis sebab lain tahun lain feelnya tengok lah macam tahun ni memang lain feelnya , memang feel yang aku tidak boleh ulang tahun depan , depan dan depan . Sama juga dengan raya tahun lalu , walaupun aku mahu saja ulang tapi aku tak boleh . Keluarga aku kali ni ramai juga yang tidak pulang dan ada juga yang pulang tapi sekejap sahaja kiranya macam feelnya tu lain sikit lah dan rasa kosong tu tetap ada . Oh ya , cakap pasal kosong ni aku pun minta maaf dan kiranya kosong-kosong la ya para reader sekalian.
Cuti raya tahun lalu kan sampai dua minggu untuk budakbudak sekolah dengan guru jelah yang lain satu minggu jerr tapi tahun ni memang kira adil la sikit satu minggu saja cuti dan raya pun start hari isnin jadi kiranya ok lah tu . Penat sehh sepanjang raya tahun ni sebabkan tetamu kemain ramai tahun ni and i tak sangka pun youolls tau ! Biasanya masak kemain byk tapi last-last tak habis jugak mcm tahun lalu lah last-last org rumah yg tlg hbiskan tp tahun ni fulamak habis yoo sampai tak cukup lagi makk aihh time tu mmg tahap risau dah cecah paras tinggi tu tapi tenang tenang . Tahun ni tema baju warna purple tapi takda pulak ambil gambar keluarga mcm tahun sebelum-sebelum ni jadi aku share gambar aku jelah . Baju aku dan adik aku memang macam kembar da sebab sama dan tudung pulak kitaorang beli terus 3 kaler sama jadi xpayah susah susah lagi cari . Baju mak aku , dia just beli kain dan hantar kedai jahit dan untuk para jejaka dalam keluarga aku ni semuanya bapak aku yang urus which means dia beli kain untuk dorang bertiga dan hantar ke kedai .

Ni sneak peak gambar raya pertama sebelum masuk detailssss



Acah-acah posing jap


Okay posing belakang pulak

Ni Mak aku dan Dik aku 


Ni pulak 3 Hero dalam rumah aku . Pandai-pandai pikiaq la noo .


Ni BaMa


Baju Pak,BangZ dan BangN - BKHK
Baju Mak - BKHK
Baju aku dan adik dari Yen's Collection ( 1 Borneo )
Tudung Bawal dari Benang Hijau

BKHK = Beli kain hantar kedai

Raya Pertama

Tahun ni tahun kedua aku pergi ikut nek aku ke masjid maksudnya ni baru kali kedua lah aku pegi sembahyang hari raya. Mula-mula tu malas gak nak pergi tapi oleh sebabkan kesian la pulak jadi aku pergilah manatau boleh terus cuci mata heheheh tapi takdanya aku cuci mata , mata aku ni dok layu jer sepanjang khutbah tu mana taknya aku tidur jam 1 pagi bangun jam 5 pagi memanglah rasa kantuk tu ada . Orang dekat depan aku lagi best nya dia landing siap berbantalkan paha maknya lagi . Aku jugak lah yang kesian nasib baik bawak tisu dan air jadi aku lap lap la mata aku tu supaya hilang la tapi da macam air mata lah pulak . Habis sahaja khutbah tu , aku pun lipatlah dan salam lah siap dengan pakej peluk nek aku tapi time aku toleh sebelah kanan aku memanglah aku tak sangka macik dekat sebelah aku ni pun tengok aku jadi aku awkward lah tak tahu nak buat apa jadi aku senyum jelah dan salam tapi tak sangka pulak dia peluk aku . Memanglah terkejut sikit sebab tak pernah di buat dek orang tau dengan aku jadi aku balas la pelukan tu dengan laga-laga pipi lagi . Tapikan best gak ye kena peluk dengan orang ni terutamanya strangers ( bagi yang perempuan la ya , aku belum kahwin lagi jadi takda suami lagi yang boleh aku peluk heshhh ) .
Ok bagi aku pikir jap nak recall balik kejadian-kejadian hari tu ....
Mak aku hari tu dan dua assistant nya yang masak , dua assistant tu merangkap adik ipar mak aku dan jugak merangkap isteri pacik aku dan merangkap macik aku . Lauk hari tu , ada nasi minyak, kuah kacang + daging , ketupat,sayur campur ,kari ayam dan aku tak ingatlahhhh . Tapi yang penting lauk dia memang perghhhh tak cukup satu piring wok . Aku hari tu makan sampai 5-6 kali ntahlah apa family yang lain nampak aku , semua cakap aku kurus lah , tulang aku nampak lah tapi aku rasa biasa jak takda nya yang berubah berat pun insyaallah masih sama kut sebab aku belum timbang lagi hihihi. Keluarga aku semua tidur dekat rumah aku jadi sepupu pupu aku ni bagi yang kecil lah memang alarm da dorang ni . Tak payah set jam pun takpa . Tapi best gak sebab kan aku , adik , mak dan pak jak dekat rumah ni jadi rasa kurang lah sunyi tu pekena lagi rumah ni boleh tahan besar nya . Tetamu yang datang raya pertama ni kebanyakkan nya kawan pak aku yang berbangsa cina dan india yang melayu jarang sikit aku nampak  (ya kami memang mengamalkan konsep 1 malaysia hahaha ) dan raya pertama ni kebiasaannya raya yang dimana keluarga mak aku akan berkumpul dekat rumah aku lah dan petang tu kebiasaannya kami pegi sama-sama ke kampung pak cik aku dekat Silabukan . Orang takda kampungkan jadi aku ni jadi kanak-kanak riang la jugak . Tapi tahun ni keluarga aku dan keluarga mak cik dan mak cik aku tak dapat ikut disebabkan ada sedikit halangan bagi keluarga aku tapi bagi dua orang mak cik aku pulak sebab dorang tak sambut raya dekat sini , satu dekat kk satu lagi dekat t'ganu . Tapi inshallah tahun depan jika masih diberikan peluang akan bergabunglah segala Divaz-Divaz ( Gelaran yang kami sendiri letak hihihi *grin ). Pulang dari kampung biasanya akan sampai dekat malam gitu jadi memang confirm t'bongkang la lepas tu takda lepas three four five six.

So, here's my photos from #1stSyawal


Gambar mereka lah yang pertama . Dua-dua sepupu aku tapi dekat belah kiri Abang Sepupu ( Daus ) belah kanan Adik sepupu/Sama umur sepupu ( Hafiz ). Hafiz tu tinggi bebenor orangnya jadi dia pendekkan ketinggian nya atas arahan mandatori dari Abang Daus.


Ni sepupu-sepupu I yang da beso beso da jadi anak dara dan I termasuk jugak hihi.
Dari kiri Atikah ( Kakak kepada Hafiz ) , Aku , Dik Nis , Zalifa ( Ni bawah umur sikit ) , Zera ( Kakak kepada Zalifa , Adik Kepada Zara dan Daus dan Zara ( Kakak kepada Zera, Daus , Zalifa dan Zafeera)


Dik Nis dengan muka senyum-jak-lah 
Tika dengan muka senyummmmm
Aku dengan muka tak-tau-nak-describe 


Tika , Aku ( Bajet ayu tu ) , MakCik Mia , Mak dan Dik Nis


Dari belah kiri dik Sepupu aku yang sama umur dengan Anis tapi fulamak macam galah ( Haziq ) , Aku biasalah pendek-pendek kiut miut gitu , Hafiz dan Dik Nis


Tika sebok dengan selfie guna tangan tapi aku upgradekan sikit selfie guna podpod 


Eh , Aku macam bajet masuk majalah sikit . Eyalah biasa orang dekat majalah tu post yang macam separa candid tu . *kedipkedipmata*


Eh , Aku tinggi pulak dekat sini kan ? tu pun terpaksa bongkok sikit tu . Kenapa ye ? 
Aku tak minum calciyum pun aku cuma pakai kasut sakit kaki je ..


Tak habis-habis selfie baru tu dekat dapur lagi tu 


Alhamdulillah , hasil kutipan raya pertama memang marbelessss


Gambar selfie anak dara Encik K dan Puan J . 
Gambar penutup untuk Raya Pertama.


Raya Kedua

Seperti tahun sebelum-sebelumnya memang kalau sebut raya kedua siapa yang datang of course jawapannya keluarga belah pak aku . Keluarga pak aku tak boleh datang serentak dengan keluarga mak aku sebab nanti tak cukup tempat tunggulah aku buat banglo bertingkek tingkek dulu jadi satu keluarga satu floor kalau nak buat sekaligus . Jadi mak aku memang dah sedialah bangun pagi-pagi masak sedap-sedap tapi oleh kerana kita kalau time raya ni susah sangat nak dapat masakan yang kurang rempah kan jadi mak aku buat sate+kuah kacang ,kari ketam , sayur campur , ayam masak kicap dan lain-lain lain-lain tu sebab aku tak ingat sangat .Aktiviti keluarga aku belah pak aku yang pertama mesti pergi kubur baru pergi rumah aku jadi memang lewat la jugak dorang ni sampai jadi sempat lah jugak mengemas benda benda yang tidak terkemas . Aku memang tak rapat sangat dengan keluarga belah pak aku , especially dengan sepupu belah sana . Dengan makcik-makcik aku memanglah aku boleh klik lah sebab tidak berapa awkward la gitu . Mungkin semua duk jauh-jauh jadi jarang jumpa kalau jumpa pun mesti time raya ja jadi mungkin lah . Jadi oleh kerana aku tidak berapa dekat dengan dorang jadi memang awal-awal aku dengan Dik Nis dan Bang Z jadi belangkas lah sebab takda sapa yang boleh aku cakap-cakap tapi kalau bab bergambar memang kami jadi rapat :D . Memang macam perempuan melayu takkan berakhir sudah aku sebab perwatakan  yang biasanya bising macam burung berkicau tiba-tiba diam.sunyi.sepi . Tapi , status aku ni kalau belah mak aku setakat kak sepupu jelah yang panggil tinggi tapi kalau belah pak aku memang double upgrade betul aku da jadi makcik jadi kalau makcik suda tentu ada anak buah kan ? Eya memang ada bersusun-susun anak buah aku . Jadi dengan dorang jak la aku bawa bergambar sebab budak-budak kalau macam susah sangat nak dekat pancing je dengan handphone lepas habis bergambar sila ambil balik sebab takut nanti jadi mangsa kemarahan . Kami time raya kedua tak jalan sangat dekat rumah ja jadi memang banyak free time la jugak tapi malam tu makcik aku ada buat open house jadi adalah pergi sekejap sempat selfie jugak.

So, here's my photos from #2ndSyawal


Dari Kiri Dik Nis , MakCik Jah dan Aku .
Aku memang bongkok sikit kalau posing ala-ala straight line sebab aku mesti buat acara weird sikit baru ok .

Baju aku adalah Baju raya tahun lalu ( Aku beli dekat Junction Mall KL)
Tudung dari itsnanalah


Makcik Jur dengan Aku . Aku kasi senyum terlebih gula tu .


Ni anak buah yang paling dekat dengan aku antara semua anak buah yang aku ada , namanya Mulan tapi nama sebenar dia aku lupa tapi aku ingat memang lencong sangat dari nama samaran dia ni . Muka bajet ibu-ibu ni .


Ni selfie dengan Dik Nis , Hisyam dan Mulan . Ni ada effect dari camera360 wokeys ?


Ni muka-muka cousin aku dan terselit jugak Makcik dan Anak buah aku tu 


Aku muka senyum jelah . Dik Nis bibir merah tambah lip tinkkk dan Kak Jihan 


Ni semua cousin . Yup memang beso-beso sepupu belah pak aku .
Sorry gambar blurrrr


Dorang jelah buat selfie ,anak-anak buah tersayang dan Dik Nis terlebih makan sayang dari aku 


Memang Mulan malu tapi yang dekat sebelah kiri atas tu lagi tak tahu malu sebab tiba-tiba tempek muka dia


Ni memang surely candid sebab time ni kipas-kipas baju sebab panasss


Dari kiri kak daya , aku , kak qila dan Dik Nis . Tangan aku memang awkward sebab rasa macam ambil gambar passport pulak .


Grrrr.. gambar tunggu pinangan orang hahahaha


Gambar kami 4 beradik


Hisyam memang penat habis sebab masak sehari semalam hahahaha


I gune effect HDR jadi tulah tapi muka happy tu memang tak boleh resist sebab dapat manyak punya duit raya . Alhamdulillah .


Selfie terakhir untuk gambar penutup raya kedua .

Raya Ketiga

Raya ketiga tahun ni memang aku cipta sejarah betul lah . Macam biasa raya ketiga aku melepaskan diri ke Tawau pergi beraya tempat kampung cousin aku . Memangla sedikit jakun kan sebab orang takda kampung kan jadi aku hanya menggambarkan bahawa rumah aku ni kampung aku lah takda yang kayu yang batu pun jadilah . Perjalanan yang biasanya aku akan tidur tapi tidak kali ni sebab aku takut tudung rosak derr susah lagi nak bagi bagus nanti tercocok sana sini jadi memang tahan mata betul , tak lama mana pun 2 jam jer perjalanan pergi Tawau. Sampai saja memang aku terus makan takda tengok kiri dan kanan sebab Makcik aku sendiri suruh teruskanlah jadi aku pun teruskanlah sebab takut jem jadi malas lama-lama bagus teruss takda belok-belok . Selesai makan terus pergi keluar ambil ipad ambil monopod ambil handphone dan selfieeeeeee. Tapi perkara terburuk dan aku rasa malu sangat time tu , aku terjatuh di hadapan semua orang semasa aku selesai pakai kasut sakit kaki aka kasut tinggi nak mampos aka kasut cantik . Lutut memang sakit tapi takda sakitnya berbanding malu sudah berlumba-lumba . Memang takda tengok belakang da terus je pergi kereta sebab lutut luka jadi sampai ke hari ni memang tinggalkan kesan la dan ini kesan kedua selepas aku jatuh sebab permainan netball . Lepas tu pergi pulak ke Giant memang tak boleh jalan terus da memang ada berhenti-henti lah . Pengajaran yang boleh dibuat adalah jangan pakai kasut tinggi kalau time tu pakai baju yang terbelit sana sini macam aku sebab aku pakai baju kurung yang kainnya tak terbelah/belah tak jadi jadi memang kalau status nak jatuh tu tinggi . Tapi aku tidak akan berhenti memakai kasut sakit kaki aka kasut tinggi nak mampos aka kasut cantik sebab kasut pendek sekarang design dia tak sama dengan kasut terlebih tinggi ni . 

So, here's my photos from #3rdSyawal 

Muka memang tak boleh belah


Try untuk posing macam orang lain biasa buat tapi kejadiannya jadi posing kaku jadi memang fail !


Muka sakit kaki dan cuaca sangatlah panas sampai menangis badan aku 


Aku suruh buat muka derk tapi dorang senyum jadi aku lah saja buat muka derk 


Aku posing ala-ala model jap . Tengok tu kasut balak dekat kaki aku tu .


Bajet model lagi


Senyum + Kerut = SenRut 


Sangatlah bajet retis kan muka aku tu + posing tak menahan lagi.


Mak kau memang perasan sungguh tu yang dekat belakang sekali tu . Posing tak hengat dunia .


Selfie penutup untuk raya ketiga

Raya Keempat 

Hari dimana kawan mak dan kawan ku datang pergi ke rumah dan hari dimana aku first time keluar jenjalan dengan kawan-kawan aku . Jadi aku invite lah macam biasa guna sms/whatsapp/fb dan alhamdulillah ramaiiii yang datang memang tak di sangka-sangka lah ramai pulak dan yang best part yang aku bersyukur sangat-sangat adalah lauk cukup memang nahas lah kalau tak cukup sebab tak expect pun ramai macam ni . Memang happening sangatlah dan aku sangat terharu sebab ramai kengkawan sekelas dengan aku datang sebab kelas aku ni kan ahli keluarga dia kecik sangat jadi memang selalu lah jugak kalau ada orang buat event mesti ada yang tak datang terutama Ma dan Ling dan mereka datang dan mereka paling awal dan mereka hari tu memang sangat sempoi sebab apa ? sebab dorang senang sangat nak dibawah bergambar hari tu kalau dekat sekolah mak aihh memang berjanggut la tunggu sampai dorang dua ni setuju . Terima Kasih daun keladi kepada kengkawan semua yang datang inshallah kalau ada rezeki kita jumpa lagi :D .
So , here's my photos from #4thSyawal 

Mak aih muka aku memanglah 


Haslina , Hanna , Dayang dan Aku 



Walaweh memang panas terbakar , aku pun tak tahulah kenapa perangai kami ni pelik sangat asal nak ambil gambar mesti pilih yang tempat panas .


Tengok semua tidur sambil senyum


Tengok tu memang siapalah yang jahat sangat yang tiba-tiba tekan tu ada benda tu aku pun tak tahulah nama benda tu yang pasti apabila ditekan maka tiba-tiba snap dari jauh dan aku dalam keadaan yang separa ready tayang iklan gigi nasib baik result cantik .


Ha ni lagi gambar tutup mata 


Aku memang head up head up la sebab nak menyelaraskan ketinggian dekat belakang tu 


Haslina , Hanna , Dayang dan Aku . Sorry la eksaited sangat sebab orang ajak bergambar .


Dekat rumah Cikgu Suhaili .


Selfie dalam bas 


Selfie lagi dalam bas


Ni 4G , 1G terpotong sikit jadi sebelah jer . Tengok ni kalau ada sedikit bengkok badan aku baru betul posing aku kalau straight line memang kaku la


Gambar tidur . Selamat Malam ! 


Nilah kengkawan I , yang dekat belakang tu memang bajet datin sangat 


Rumah Cikgu Suhaili


Rumah Cikgu Suhaili


Rumah Cikgu Suhaili


Ambil gambar dari wechat Ronald 


ni lah geng 4G 

Gambar yang lain akan menyusul sebab kamera woman belum upload gambar. 

Raya Kelima & Keenam 

Aku memang duduk rumah jak time raya kelima jadi memang cerita pendek ja . Petang tu adalah jalan sikit pegi kedai jahit tapi sampai ja tuptap tutup la pulak jadi memang baju raya habis lah kena ambil time on the way pakai dekat kedai lagi tu time raya keenam sebab kawan mama ada invite pegi open house . Jadi memang gempak habis lah . Aku tak sangka aku jumpa kawan aku dekat rumah kawan mama aku , memang macam program jejak kasi lah sebab lamaaaaaa sangat da tak jumpa cakap lebar-lebar panjang-panjang . Jumpa dengan Sheeqa memang lah banyak yang dipercakapkan pasal spm pasal guru pasal kawan memang sambil makan sambil bercakap lah ( tak senonoh betul kan ) . Keadaan tu berterusan sampailah pak dia mintak diri dari tuan rumah jadi aku pun tamatkan cerita tapi kalau ada rezeki memang nanti kami jumpala bertemu dengan kawan-kawan lama tak sangka tak banyak berubah muka kami dari sekolah rendah kan . Eyalah kalau berubah banyak sangat memang orang fikir buat pembedahan plastik pulak . 

So , here's my photos from #5thSyawal and #6thSyawal 


Senyuman ayuuuu

Tudung dari Benang Hijau 


Posing la sangat 

Jubah Tashain dari GayeKinisha


Dik Nis dan Kak Sya
Gambar penutup #5thSyawal & #6thSyawal

Raya Ketujuh

Cousin aku kahwin jadi keluarga aku pegi Tawau lah sebab majlis dekat Tawau walaupun keesokkan hari nya aku sekolah memang penat gilos la . Tema warna baju perempuan warna merah dan lelaki warna kuning tapi pak aku takda warna kuning jadi dia pakai warna merah hihihi . Aku tak tahu nak buat apa sebab memang no idea la dengan perkahwinan tu jadi aku duduk je sambil tangkap-tangkap gambar . Oh sepupu aku yang kahwin ni belah pak aku , pengantin perempuan dia orang cakap macam Nelydia Senrose . Orang yang cakap bukan aku jadi aku eyakan jak la tetapi memang cantik orang nya . Ok , mood menulis sekarang ni tengah down sebab dari tadi on facebook tapi writer-writer kesayangan belum update story mory novel dorang jadi down sikit .. hurmmm .. Jadi aku servekan gambar je lah ..

So , here's my photos from #7thSyawal 


Ni gambar kaku aku lagi .


3 orang ja sebab satu orang da balik campus


Aku kaku lagi 


Dan , kaku lagi . Oh ya pakaian yang biasanya polis pakai kalau kahwin kan ? dengan pedang lagi tu 



Gambar sepupu aku . Sorry ....



Anak buah yang terbesar yang lebih tua dari adik aku . sebelah tu mak dia merangkap kak sepupu aku .


Macam ni lah muka orang candid terlebih 



Potong kek


Bang Z 

Ni video sebagai bonussssss


                                   
video


yang lebih-lebih boleh tengok dekat instagram aku atau account meipai aku 


Alhamdulillah semua nya sudah selesai nanti kalau ada gambar yang baru aku akan update . Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan kalau sudi tinggalkan la komen seciput. Ini cerita raya aku tahun ni dan kalau ada cerita korang  yang nak di sharekan silalah tinggalkan link blog jadi bolehlah aku visit-visit kan ya . Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Jazakallahu Khairan Khatira semua ;)

No comments:

Post a Comment

Muahhh ciked siapa yang komen